SALAM MAAL HIJRAH.

Author: Zaida Zei89 // Category:

Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab. Pengertian hijrah boleh dipecah kepada dua bahagian iaitu dari sudut rohani dan jasmani. Pengertian hijarah dari sudut jasmani membawa maksud berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain atau meninggalkan satu tempat untuk menunju ke tampat yang lain. Manakala pengertian hijarah dari segi rohani pula membawa maksud meninggalkan tasawur, kepercayaan, akidah, emosi dan satu-satu sikap yang tidak baik dengan menggantikannya dengan yang lebih baik. Perkataan Hijrah amat terkenal di kalangan umat Islam kerana ia berkait rapat dengan peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w daripada Mekah ke Madinah dan juga merupakan tarikh permulaan pengiraan tahun dalam calendar Islam.

SEJARAH MAAL HIJRAH
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah hari yang amat penting bagi umat Islam kerana ianya menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama ialah memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Kedua ialah merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri dan berpuasa sunat. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

BULAN-BULAN DLM HIJRAH
        1. Muharram
2. Safar
3. Rabi’ul Awwal
4. Rabi’ul Akhir
5. Jamadil Awwal
6. Jamaldil Akhir
7. Rejab
8. Syabban
9. Ramadan
10. Syawal
11. Zulkaedah
12 Zulhijjah



0 Responses to "SALAM MAAL HIJRAH."

Post a Comment